Karipap Rangup Inti Telur Rebus

Ini namanya karipap homemade. Rasanya rangup dan  sedap dimakan semasa masih panas. Inti karipap mestilah  diletak sampai penuh gitu. Baru terasa nikmat makan karipap tu.






Bahan-Bahan Inti Karipap Telur

5 biji kentang bersaiz besar ( potong dadu )

3 sudu besar serbuk sari

3 ulas bawang merah ( kisar )


3 sudu besar cili kering ( kisar )

2 ulas bawang putih ( kisar )

2 tangkai daun sup

segenggam ikan bilis ( tumbuk atau kisar)

1 biji bawang besar ( potong dadu )

Telur rebus

Minyak masak

Air



Cara Masak Inti Karipap Rangup Telur Rebus


1. Panaskan sedikit  minyak dalam kuali kemudian masukan bahan kisar dan masukkan separuh bawang besar yang sudah di potong dadu. Tumis sekejap dan masukkan kentang serta air.

2. Kemudian masukkan juga gula dan garam bersama serbuk kari.

3. Tutup kuali supaya kentang cepat masak.

4. Biar sehingga kentang lembut. Apabila airnya dah kering masukan separuh bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang sudah dihiris.

5. Angkat inti kentang dan masukan ke dalam bekas dan biar sehingga sejuk.

6. Telur rebus boleh dipotong lapan atau lebih bergantung pada selera masing-masing dan dimasukkan bersama inti karipap sebelum proses mengelim dilakukan. Sekiranya  tak suka telur rebus, tak perlu masukkan telur rebus.

7. Sementara  menunggu inti karipap sejuk, boleh sediakan adunan untuk kulit karipap. Cara membuatnya klik di sini





Comments

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)