Kulit Karipap Rangup Dan Sedap

Bahan-bahan untuk kulit karipap ini tak perlukan banyak barang, kebanyakkannya memang sudah tersedia kat dapur jer. Contoh kalau ada terlebih kari ayam atau sambal sardin tu, masakkan sambal atau kari tu sampai kering, nanti boleh jadikan inti karipap. So tak de lah membazirkan. Masak ni cuma perlu kreatif je :-)


Bahan Kulit Karipap

500 gram tepung gandum

2 sudu minyak masak yang sudah dipanaskan

1 cawan sederhana besar berisi air yang telah dicampur garam.





Cara Buat Kulit Karipap

1. Masukkan tepung diikuti minyak masak tadi ke dalam bekas. Bila minyak masih terasa panas boleh kacau dengan sudip kayu dan bila minyak dah sejuk boleh menguli menggunakan tangan.

2. Uli doh dengan cara masukan air sedikit demi sedikit yang sudah di campur garam tadi. teruskan menguli sehingga tepung sudah sebati dan tidak melekat di tangan dan biarkan sekketika  lebih kurang 15 minit.

3. Bulatkan doh tadi , bergantung pada saiz karipap yang anda inginkan, sekiranya nak  bersaiz besar bulatkan sedikit besar.  

4. Doh yang sudah dibulat-bulatkan tadi boleh dicanaikan dan diletakkan inti di tengah-tengahnya.


5. Letakkan sedikit air dibahagian kelim supaya kelim tidak terbukak sewaktu menggoreng. Gunakan minyak yang banyak sewaktu menggoreng supaya karipap masak secara sekata dan rangup.

6. Gorengkan karipap menggunakan api sederhana sahaja dan rajin balik-balikan karipap dalam kuali. Jangan menggunakan api yang terlalu besar, takut nampak garing dibahagian luar tetapi bahagian dalam masih belum masak sepenuhnya, nanti dah sejuk karipap akan jadi lembik dan nampak  tak menarik.





*Kalau tak pandai nak buat kelim pakai tangan boleh pakai penegepit macam gambar kat atas  tu. Harga murah je bole beli kat Giant atau dekat kedai RM2 tu pun mungkin ada jual.

Comments