Tepung Pelita


 


Bahan-bahan Lapisan Hijau:
5 Helai Daun Pandan (dikisar dengan secawan air dan diambil airnya sahaja)
4 Cawan Air 
3/4 Cawan Gula Pasir 
1 Cawan Tepung Beras 
Sedikit Kapur
Sedikit Pewarna Hijau



Cara-cara Membuatnya:
  •  Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk yang bersih.
  • Gaulkan rata. Kemudian tuangkan ke dalam periuk.
  • Masakkan menggunakan api kecil sehingga adunan pekat dan berkilat. Kalau tak confident boleh kukus jer pastikan air kukusan mencukupi.
  • Kemudian tuangkan ke dasar bekas.



Bahan-bahan Lapisan Putih:
3 Cawan Air
1 Kotak Santan Kecil
6 Sudu Tepung Beras 
Garam 

Cara-cara Membuatnya:
  • Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk yang bersih.
  • Gaulkan rata. Kemudian tuangkan ke dalam periuk.
  • Masakkan menggunakan api kecil sehingga adunan pekat dan berkilat. Boleh jugak kukus seperti step di atas.
  • Kemudian tuangkan ke atas lapisan berwarna hijau tadi.
  • Tunggu sehingga sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Comments