Sotong Goreng Tepung



Bahan-bahan:

Sotong
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawang tepung jagung
4-5 sudu tepung beras
Garam



Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Telur
Minyak


Cara-cara Membuatnya:

  • Toskan sotong kemudian gaulkan dengan garam. Biarkan seketika.
  • Masukkan telur dan gaul rata.
  • Satukan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam satu mangkuk bersih.
  • Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan lada putih  ke dalam tepung tersebut dan gaul rata.
  • Celupkan sotong yang bersalut telur ke dalam tepung.
  • Panaskan minyak, dan gorengkan sehingga masak sotong yang telah bersalut dengan tepung tadi.
  • Sedia untuk dihidangkan.






Comments

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)