Apam Nasi



Bahan-bahan:

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
3/4 cawan gula
1 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum
1/2 paket kecil mauripan
Pewarna


Cara-cara Membuatnya:

  • Kesemua bahan disatukan dan kisarkan sehingga sebati.
  • Kemudian perapkan selama 2 jam. Setelah itu boleh bahagikan aduanan menikut  bilangan warna yang anda mahukan.
  • Sediakan air kukusan.
  • Mangkuk acuan disapukan sedikit minyak supaya adunan tidak melekat dan senang untuk dikeluarkan apabila sudah masak.
  • Masukkan adunanan ke dalam acuan. Kalau inginkan apam yang berwarna warni boleh selang selikan warna.
  • Kukus selama lebih kurang 15 minit. Kalau tekan dengan garfu, dan tak ada apa-apa melekat dekat garfu tandanya adunan dah masak.
  • Boleh diangkat dan sedia untuk dihidangkan.




Comments