Daging Bakar Cicah Air Asam




Bahan-bahan Daging Bakar

Daging
Bawang besar
Bawang putih
Serbuk kari
Halia

Garam



Cara-cara Membuatnya:

  • Bawang, serbuk kari dan halia dikisar hingga lumat.
  • Setelah itu tuangkan bahan kisar ke atas daging.
  • Masukkan garam dan gaul sebati.
  • Perapkan selama sekurang-kurangnya 2 jam supaya rempah dapat diserap oleh daging.
  • Kemudian bakar daging sehingga masak, bergantung kepada ketebalan daging.
  • Setelah masak, potong daging tersebut dan sedia untuk dihidangkan.


Bahan-bahan Air Asam

Asam jawa
Bawang besar dipotong kecil
2 biji cili hijau dihiris
1 biji tomato
10 biji cili padi (boleh kurangkan atau lebihkan)
Belacan bakar
Garam
Gula
Limau nipis/cuka



Cara-cara Membuatnya:
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk
  • Gaul sebati.
  • Sedia dihidangkan sebagai pencicah.













Comments