Bihun Goreng



Bahan-Bahan:
1 peket bihun, rendam sehingga lembut
Isi ayam
tauge
Sawi
Tomato
3 sudu besar cili boh
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap cair dan kicap manis
Fishball
Udang
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
lada sulah



Cara-cara Menyediakannya:
  • Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak.
  • Masukkan kicap manis, sos cili, isi udang, fishball, batang sawi, serbuk lada sulah dan kacau seketika. Kemudian masukkan semua bihun dan sedikit air. Kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
  • Akhir sekali masukkan semua taugeh dan daun sawi, terus kacau sehingga semua bahan sehingga masak sekata. Kemudian masukkan garam halus serta gula secukup rasa.
  • Setelah masak sedia untuk dihidangkan.





Comments