Bihun Goreng Singapore




Bahan-Bahan:
1 bungkus bihun (400g)
Minyak
Isi udang
Isi ayamv
Fish cake
1 kiub ikan bilis
2 biji telur


Kobis, cincang kasar
karot, potong memanjang
Sawi
Tauge
Lada sulah 
Garam dan gula 
Bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan


Bahan-bahan tumbuk halus:
5-6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam


Cara-cara Menyediakannya:
  • Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.
  • Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
  • Masukkan bihun yang telah direndam sehingga lembut dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti karot, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
  • Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauge.
  • Setelah masak tutup api, sedia untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang.


Comments