Takoyaki



Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
2 cawan air (guna cawan tepung tadi)
1 kiub ayam

Garam
Kicap masin 
Sotong/udang/ayam/sosej (terpulang pada selera masing2, tapi masakkan terlebih dahulu)
Kubis
Daun bawang


Cara-cara Membuatnya:

  • Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, air, kiub ayam dan garam ke dalam mangkuk.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Panaskan acuan tu sehingga betul-betul panas. Sapukan dengan minyak.
  • Tuangkan bancuhan adunan.
  • Masukkan bahan-bahan lain tu kat tengah-tengah. Biarkan seketika.
  • Golek-golekan dia pakai lidi, nanti akan jadi bentuk bulat seperti acuan tu. 
  • Setelah masak sedia dihidangkan.

 


Kalau tak ada pan takoyaki tu boleh beli on9 kat Lazada. Ada banyak jenis & harga, so terpulang pada bajet masing2. Bole search dekat kotak bawah ni type je item yang korang nak.. kalau tak jumpa kotak tu scroll bawah lagi..  Ataupun bole jugak pakai acuan pembakar kuih cara tu kalau ada :-)



Comments