Roti Jala


Bahan-bahan:

2 cwn tepung gandum
2 cwn air / susu segar / santan
1 biji telur
1 sudu besar minyak jagung / minyak masak


sedikit garam
sedikit esen vanila
pewarna kuning



Cara-cara membuatnya:

  • Satukan semua bahan-bahan dan kisarkan supaya sebati.
  • Tapiskan bahan2 tadi.
  • Cedukkan adunan tadi, sekiranya adunan jatuh sekata dan tidak putus-putus boleh teruskan.
  • Masukkan ke dalam botol 3 muncung tu.
  • Gunakan kuali non stick (kadang-kadang perlu sapukan sedikit minyak dekat permukaan kuali supaya tak melekat, bergantung kepada adunan tersebut)
  • Bolehlah mula menjala di atas kuali.
  • Biarkan seketika, setelah masak boleh terus angkat dan gulungkan.
  • Sedia dihidangkan.


*Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan kuah gulai atau kari. kalau tak sukakan makanan berempah boleh jugak makan dengan cara cicah dengan susu. 



Comments