Rempeyek Rangup




Bahan-bahan:

1/2 kg tepung beras
1/2 kg tepung ubi
200g tepung jagung
Udang kering 3 sudu (goreng kering dan kisarkan)

Cili kering 10 biji
Garam
Telur 5 biji
1 sudu jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
Air kapur 1 sudu besar
Air
Kacang tanah
Ikan bilis



Cara-cara Membuatnya:

  • Satukan semua bahan kecuali telur. Gaulkan semua sebati.
  • Kisarkan telur kemudian tuangkan ke dalam mangkuk adunan tadi.
  • Air dimasukkan sedikit demi sedikit, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  • Panaskan minyak, tuangkan aduanan dari arah tepi kuali supaya  hasilnya nipis dan rangup.
  • Biarkan ia melekat seketika dibahagian tepi kuali. Apabila warna bertukar kekuningan atau adunan sudah mula keras tolak kepingan tersebut ke dalam minyak.
  • Gorengkan sehingga masak
  • Sedia untuk dihidangkan.




Comments