Popcorn Caramel Homemade




Bahan-bahan Popcorn:

1/4 cawan minyak
2 sudu planta
150g biji jagung



Cara-cara Membuatnya:

  • Panaskan minyak dan planta.
  • Masukkan biji jagung dan gaulkan sampai ia mula meletup.
  • Kemudian terus tutup kuali bila ia dah start meletu-letup tu (kalau tak habis lah satu dapur nanti).
  • Biarkan seketika, setelah bunyi meletup dan berhenti boleh bukak penutup dan tutupkan api.



Bahan-bahan Caramel:
200g gula
100 ml air
1 sudu planta


Cara-cara Membuatnya:
  • Satukan semua bahan di dalam kuali dan masak sehingga menjadi sedikit pekat seperti gula hangus. Jangan biarkan terlalu lama nanti rasanya menjadi pahit dan tidak sedap.
  • Kemudian masukkan pocorn tadi ke dalamnya dan gaul rata.
  • Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. (jangan cuba-cuba nak makan sewaktu masih panas yer, silap-silap melecur mulut nanti)
  • Setelah sejuk sedia untuk dihidangkan.



Comments

  1. jemput join giveaway kita ye :)

    http://nozi-mirrah.blogspot.my/2017/12/jims-birthday-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alright... dah lepas tarikh bole lagi ke ni??

      tp dh jemput.. sy join la :-)

      Delete
  2. Sempat lagi ke nak join tu?? Dah 19 hb dah hari ni... Ke tarikh dilanjutkan? Hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)