Nugget Ayam Homemade


Bahan-bahan:

400g isi ayam ( rebus dan kisar )
8 keping roti gardenia (dihancurkan, tapi kekalkan tekstur roti)
Daun sup
Daun bawang
Lobak merah (dipotong dadu)

Kiub ayam
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan baking powder
Bawang merah
Bawang putih
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
2 biji telur
Tepung goreng ayam
Air


Cara-cara Membuatnya:

  • Campurkan kesemua bahan kecuali tepung goreng ayam dan air.
  • Adun sebati, setelah sebati bentuk adunan tadi mengikut citarasa anda sendiri, seeloknya jadikannya berbentuk leper seperti yang dibeli siap kat pasar raya tu untuk memudahkan sewaktu menggoreng nanti.
  • tepung goreng ayam dibancuhkan dengan sedikit air, kemudian adunan yang telah dibentukkan tadi tu, dimasukkan ke dalam bancuhan dan dicelup sekelilingnya dengan bancuhan tersebut.
  • Kemudian angkat dan golekkan di atas tepung.
  • Sedia untuk di goreng. 








Comments