Nasi Ayam





Bahan-bahan Sup ayam:

Ayam
Air
Rempah Sup Adabi
Serai

Bawang putih
Bawang merah
Halia
Garam

Cara-cara Membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan sup ayam ke dalam periuk.
  2. Biarkan mendidih kemudian perlahankan sedikit api.
  3. Setelah masak masukkan ke dalam mangkuk.



Bahan-bahan Nasi:

Beras
Sup Ayam

Cara-cara Membuatnya:

  1. Bersihkan beras.
  2. Masukkan sup ayam tadi ke dalam periuk yang telah terisi beras.
  3. Masak nasi sehingga masak.


Bahan-bahan Ayam:
Kicap cair
Sos tiram
Ayam
Minyak masak

Cara-cara Membuatnya:
  1. Perapkan ayam bersama sos tiram dan kicap cair sekurang-kurangnya 3 jam.
  2. Goreng ayam di dalam minyak yang banyak dan pastikan kesemua bahagian ayam tenggelam di dalam minyak panas untuk memastikan ayam masak sekata.
  3. Setelah masak boleh gantungkan ayam untuk toskan minyak.
  4. Setelah itu bole la potong ayam kepada beberapa bahagian.


Bahan-bahan Kicap:

lebihan bahan perap ayam
Sup ayam

Cara-cara Membuatnya:
  1. Ambil lebihan perapan ayam tadi dan tambahkan sedikit sup ayam dan masakkan di atas dapur.
  2. Biarkan sedikit pekat kemudian boleh tutup api.


Bahan-bahan Sos:

Tomato
Cili merah
Sup 
Halia
Bawang putih

Cara-cara Membuatnya:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga lumat.
  2. Setelah itu, masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
  3. Masakkan di atas api yang sederhana.
  4. Setelah sedikit pekat tutupkan api



Bahan-bahan Sayur:

Tomato
Timun
Salad

Cara-cara Menyediakannya:
  1. Hiris nipis tomato dan timun.
  2. Asingkan daun salad.










Comments