Kuih Ketayap



Bahan-bahan Kulit:

1 cawan tepung gandum
2 biji telur gred A
2-3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan1
 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau


Cara-cara Membuatnya:
  • Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  • Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama lebih kurang 10 - 15 minit. 
  • Inti akan bertukar menjadi warna keperangan. Boleh tutupkan api setelah masak.


Bahan-bahan Inti:

1/2 biji kelapa parut (gunakan yang fresh)
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan


Cara-cara Membuatnya:
  • Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika guna santan segera, cuma blend dengan daun pandan dan tapis.
  • Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati .
  • Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. kalau nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, kalau nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  • Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
  • Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. 
  • Sedia dihidangkan.







Comments