Kue Teow Goreng Kerang




Bahan-bahan:

Kue teow
Kerang (rebus dan ambil isinya)
Cilli kering
Bawang besar
Bawang putih

Kicap lemak manis
Tauge
Kucai
Cili Merah
Minyak masak
Garam
Gula


Cara-cara Membuatnya:

  • Panaskan minyak. Masukkan cili kering dan bawang yang telah dikisar. Tumis sehingga naik baunya.
  • Masukkan kicap dan kerang.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan kue tew dan gaul rata.
  • Setelah itu masukkan pula tauge, kucai dan cili merah yang telah dihiris.
  • Gaulkan sebati, setelah itu boleh tutup api.
  • Sedia untuk dihidangkan.

















Comments