Keropok Lekor Sedap







Bahan-bahan:

1 cawan isi kan kembong/sardin (kalau nak rasa ikan tu lebih, boleh lebihkan ikan)
1/2 cawan tepung Ubi/sagu
Garam secukup rasa


Cara-cara Membuatnya:

  • Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
  • Dan ulikan sebati, seteleh itu gentelkan menjadi bentuk macam keropok yang selalu kita beli tu. Semasa proses menguli, doh akan menjadi sedikit lembik dan melekit, jangan tambah tepung ke dalam adunan supaya tidak terlebih tepung. Adunan yang terlebih tepung, akan menyebabkan keropok sedikit keras dan rasa ikan berkurang dan menjadi kurang sedap. 
  • Untuk memudahkan proses menguli, taburkan kan tepung pada papan  atau tempat anda mengguli tersebut dan gentelkan keropok tersebut. Sekadar tepung disapu dipermukaan luar sahaja supaya tidak melekit pada tangan atau melekit kepada keropok yang lain sewaktu kita masukkan ke dalam bekas sebelum proses merebus. 
  • Setelah itu boleh rebus sehingga masak
  • Sedia untuk dihidangkan bersama sos, atau pun kalau suka keropok goreng, boleh potong kecik2 dan gorengkan ke dalam minyak panas. 








Comments