Kek Vico Kukus



Bahan-bahan

Planta ( atau apa-apa marjerin )
Gula
Gandum
Vico

Susu Tepung
Air
Soda bikarbonat
Emplex
Telur


Cara-cara membuatnya

  1. Sebatikan gula dan planta di dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan vico, gandum, susu tepung, soda bikarbonat, emplex dan telur.
  3. Kacau adunan sambil memasukkan air sedikit demi sedikit. 
  4. Kacau adunan sehingga sebati, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  5. Masukkan adunan didalam tin pembakar.
  6. Masukkan ke dalam periuk kukus.
  7. Kukus sehingga adunan masak. Gunakan garfu untuk menetukan adunan sudah masak atau belum. Sekiranya anda tekan garfu ke dalam kek dan tiada apa-apa yang melekat pada garfu tersebut bermakna kek tersebut sudah masak.
  8. Keluarkan Tin pembakar dan sejukkan pada suhu bilik.
  9. Siap untuk dihidangkan.


Comments