Kek Batik



Bahan–bahan Kek

1pek biskut Marie/ biskut cream cracker
250g planta
1tin susu pekat
1cawan air masak
6sudu besar serbuk koko


14sudu besar milo
Telur 2 biji



Bahan-bahan Topping

1 cawan Whipping cream
100 gram Coklat Masakan
100 gram Dark Choc
1 sudu besar butter


Cara-cara Membuatnya:
  • Cairkan planta. Masukkan Milo, serbuk koko dan telur. Kemudian gaul sebati. Dah sebati pasang bukak api dapur semula. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang selikan dengan air. Bila adunan dah sedikit pekat, dan mendidih manja maknanya adunan dah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie. Dan kaup balik sampai semua biskut tersalut coklat.
  • Tuang biskut marie ke dalam loyang. Lapik loyang dengan plastik. Lebihkan kiri kanan, supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan-tekan adunan biskut marie smpai rata. Kemudian sejukkan seketika pada suhu bilik.
  • Sementara adunan tu sejuk sediakan coklat ganache. Gunakan kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian tuang 1 cawan whipping cream dlm bekas lain. Kacau sehingga rasa suam dan masukkan coklat. Kacau sampai coklat cair dan menjadi sebati. Kemudian masukkan planta dan kacau lagi. Boleh angkat dan sejukkan selama 30 minit.
  • Kemudian tuang atas kek batik tadi. Dan simpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4-5 jam utk dapatkan hasil yang cantik dan mudah di potong.





Comments