Cucur Udang



Bahan-bahan:

1/2 Kg gandum
2 sudu besar gula
2 cawan santan
2 sudu kecil garam

1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
350g udang dipotong kecil
Bawang besar (dipotong dadu)
Daun bawang
Lobak merah ( dipotong dadu)
Minyak masak


Cara-cara membuatnya:
  • Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk.
  • Kacau sehingga adunan sebati.
  • Panaskan minyak dan masukkan adunan ke dalam kuali dan masakkan dengan menggunakan api yang sederhana.
  • Setelah masak toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.






Comments