Bubur Lambuk Terengganu





Bahan-bahan:

10 ekor ikan sardin (orang terengganu panggil ikan selayang)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 sudu sebuk lada hitam

1 cawan beras
Pucuk paku merah
1/2 kotak santan
Kerisik
Air


Cara-cara Membuatnya:

  • Kukus ikan dan asingkan isinya daripada tulang. Ramas kasar supaya tekstur tu masih ada.
  • Masukkan beras dan air dan masakkan atas dapur seperti memasak bubur tu
  • Apabila beras sudah lembut masukkan bawang dan serbuk lada hitam. Kacau sebati, masa ni dah ada bau harum sikit dah. Setelah itu masukkan jugak kerisik.
  • Masukkan pucuk paku dan ikan kemudian masukkan santan.
  • Kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  • Masukkan garam. Ada sesetengah resepi masukkan budu kalau tak boleh makan budu tak perlu masukkan yer.
  • Setelah masak tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




Comments