Ais Krim Goreng


Bahan-bahan:

Roti
Ais krim
Minyak masak



Cara-cara Membuatnya:

  • Keluar ais krim daripada peti sejuk. Gunakan ais krim yang betul-betul beku untuk memudahkan proses penyediaan.
  • Letakkan ais krim di atas roti ( bahagian tengah )
  • ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas ais krim tadi.
  • Ambil gelas dan tekan kuat bahagian atas roti. Sehingga bahagian tepi roti terlerai dan roti menjadi bentuk bulat.
  • Ulang langkah tadi untuk kesemua roti dan simpan semula di dalam peti sejuk.
  • Setelah ais krim betul-betul beku semula barulah menggorengkannya di dalam minyak yang banyak dan panas supaya masak dengan sekata.
  • Tak perlu lama,  bila roti dah bertukar kekuningan boleh terus angkat.
  • Toskan minyak sedia dihidangkan. 


*Boleh terus dimakan ketika masih panas. Sekira dibiarkan terlalu lama ais krim di bahagian dalam akan cair dan membuat roti menjadi lembik. 



Comments