Roti Goreng Sardin Rangup

Resepi roti goreng sardin buatan sendiri ni bes sangat walaupun "simple" je.. Kanape yer?? sebab.. boleh la letak inti banyak-banyak. Memang puas hati la pendek kata bila makan tu.






Bahan-bahan:


  • Sardin
  • Bawang merah
  • Cili padi/cili merah/cili hijau (optional)
  • Gula sikit
  • Garam sikit
  • Serbuk perasa (optional)
  • Tepung menggoreng
  • Perahan limau
  • Air
  • Sebuk kunyit (optional)



Cara-cara Membuatnya:


  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang berserta cili sehingga sedikit layu. Lepastu bolelah masukkan sardin yang telah dihancurkan  sambil digaul rata . Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  • Untuk bacuhan tepung masukkan sedikit perahan limau dan campurkan sedikit serbuk kunyit. Air tu masukkan secukupnya. Sebatikan adunan.
  • Masukkan inti sardin ke atas roti dan lipatkan roti tu. Bahagian tepi roti letakkan tepung cair supaya lipatan  roti  tak terbuka.
  • Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  • Roti sardin boleh dihidang dan di boleh di makan setelah sedikit sejuk.




Comments

  1. sesuai sangat dengan saya... saya baru nak belajar masak, masa study dulu duduk hostel balik rumah pun jarang tolong mak masak.. dah keje ni la baru nak belajar masak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah saja share resepi ringkas2 ni.. sbg galakan utk kaum2 hawa berjinak-jinak dgn dapur.. kadang2 bkn ssh sgt nak masak ni.. cuma minat dan semangat tu blom ada.. tp klu dah mula masuk dapur tu insya Allah minat tu akan dtg dgn sendirinya nnti ;-)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)