Ayam Gunting (Ala-ala Uncle B)



Bahan-bahan:
Dada ayam (Dihiris nipis)
1 cawan tepung goreng Adabi
½ cawan serbuk roti (warna putih)
1 biji telur
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk lada putih
Minyak masak



Cara-cara membuatnya:

1) Cuci bersih dan toskan ayam. Satukan serbuk roti & tepung goreng Adabi dalam pinggan.

2) Lumurkan ayam dengan adunan tepung. Kemudian, celup ke dalam telur. Sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung.

3) Gorengkan ayam di dalam minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas supaya ayam masak dengan sekata. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.

4) Guntingkan ayam mengikut saiz yang dikehendaki.

5) Taburkan serbuk lada putih & serbuk cili bergantung pada  selera masing-masing sama ada nak pedas ataupun tidak.

6) Siap untuk dihidangkan.





Comments