Popia Inti Ayam dan Kentang




Bahan-Bahan A: 

Popia
Bancuhan tepung gandum dan air


Bahan-bahan B:

Kentang dipotong Dadu
Ayam
Bawang merah
kubis 
Cili merah
Serbuk kari
serbuk cili
Kiub Ikan Bilis Adabi
Garam
Air
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Minyak


Cara-cara membuatnya
  1. Masukkan kentang, ayam, bawang merah, serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili, kiub ikan bilis, garam dan air ke dalam periuk.  Sukatan air memadai sekiranya semua bahan sudah tenggelam.
  2. Gunakan Api sederhana. Masak sampai kering.
  3. Setelah masak sejukkan seketika.
  4. Setelah sejuk boleh lah  letakkan inti di atas kulit popia dan gulungkan. Bahagian hujung sapukan dengan air bancuhan tepung supaya popia tidak terbuka sewaktu menggoreng.
  5. Panaskan minyak dan gorengkan popia dengan api yang sederhana. 
  6. Apabila warna bertukar balik-balikan popia. Setelah warna bertukar kemasan atau coklat cair bolehlah diangkat keluar daripada kuali.
  7. Sedia untuk dihidangkan.



Comments