Homemade Pizza




Bahan-bahan roti:
  • 200 grm tepung gandum
  • 125 ml air suam
  • 1 paket yis segera
  • 2 camca besar planta
  •  1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1-2 sudu besar shortening


Bahan-bahan untuk topping:
  • 1/2 tin sos speghetti Kimbal perisa cendawan ( bole pilih perisa lain)
  • 1 tin besar sardin
  • 1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
  • Sosej ayam secukupnya
  • Keju monzarella
  • Keju cheeder
  • Serbuk lada hitam
  • Tomato



Cara-cara membuatnya:
  • Masukkan yis serta gula dengan 3 sudu air suam ke dalam mangkuk , kacau rata dan tunggu berbuih.
  • Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, Masukkan yis yang telah dibancuh tadi dan kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh.
  • Uli doh hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari.
  • Dibiarkan rehat seketika di dalam bekas kemudian tutupkan dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.
  • Setelah 40 minit, tekan-tekan doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 50mm  dan letakkan diatas bekas pembakar dan gunakan jari je untuk meleperkan doh .
  • Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .
  • Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul hingga sebati bersama bahan-bahan lain.
  • Sapu sos spaghetti pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last sekali taburkan keju  monzarella serta cheedar.
  • Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .
  • Setelah masak taburkan sedikit serbuk lada hitam sekiranya sukakan pedas.



Comments

  1. nampak menyelerakan.. tapi kalau guna sos sphagetti homemade pun sedap kan sis.. boleh la sis share resepi homade sos sphegetti lak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. nnti insya Allah kalau free sis cuba kongsikan yer.. tq utk cadangan tu :-)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)