Biskut Mellow Brownies




Bahan-bahan :


70g butter
130g gula halus
2 biji telur
100g tepung gandum


20g serbuk koko
70g walnuts- potong kecil-kecil
1 bar coklat




Cara-cara membuatnya:



1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko.

2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati (menjadi warna putih)



3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.

4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.


5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.


6. Bila dan siap, keluarkan brownies daripada oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies.


7. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan daripada oven dan ratakan bahagian permukaan ats dengan menggunakan spatula.


8. Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.


Comments