Tomyam Campur


Lepas dah pandai buat pes tu bolelah masak tomyam pulak. Buat tomyam ni tak delah susah sangat. Bagi yang baru nak belajar memasak tu bole lah cuba2 dulu. Resepi ni campak2 je pun sedap.




Bahan-bahan:
  1. Ayam - potong kecil
  2. Makanan laut (udang, sotong, lala)
  3. 1 labu bawang besar-di potong 6
  4. 5 ulas bawang putih-di ketuk
  5. 1 inci lengkuas - di ketuk
  6. 2 batang serai - di ketuk
  7. 6 helai daun limau purut
  8. 2 biji buah tomato - belah 6
  9. 2 ketul kiub tomyam / Pes tomyam daripada resepi sebelum ni
  10. 6 biji cili padi-di ketuk
  11. Garam
  12. Sayuran:
  13. Bunga kubis
  14. Karot
  15. Cendawan
  16. Putik jagung
  17. Daun sup
  18. Daun bawang



Cara-cara Menyediakan:
  1. Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. 
  2. Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.
  3. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, dan garam.
  4. Tutup api masukkan daun sup serta daun bawang.
  5. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.




Comments