Pes Tomyam Thai


Kebiasaan kalau nak masak tomyam, kita mesti masukan perencah atau kiub segera betul tak?? Hari ni sis nak kongsi resepi ringkas bagaimana cara membuat pes tomyam. Lepas ni bole masak banyak dan bole simpan buat stok untuk akan datang. Kalau lebih tu boleh sedekah kat jiran2 jugak, semoga bertambah erat silaturahim. 






Bahan-bahan:
  1. 7 ulas bawang merah
  2. 1/2 biji bawang besar
  3. 3 biji cili merah
  4. 10 biji cili kering
  5. 1 inci lengkuas
  6. 3 batang serai
  7. 1 sudu besar udang kering
  8. 4 helai daun limau purut
  9. 1 inci belacan - bakar
  10. Air asam jawa
  11. Gula dan garam


Cara- cara Menyediakan:
  1. Semua bahan di atas di kisar. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  4. Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. 





Comments