Kek Coklat Lembap Kukus Dengan Menggunakan Sukatan Cawan





Bahan-bahan

·         4 biji telur
·         1 cawan gula pasir 
·         1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
·         1 cawan susu cair
·         1 sudu baking powder
·         1 sudu esen vanilla
·         1 sudu soda bikarbonat
·         1 cawan serbuk koko (* Kalau rasa mahal boleh gantikan dengan milo atau vico )
·         1/2 cawan susu pekat manis
·         1 cawan minyak masak (* Boleh jugak kalau nak gantikan dengan marjerin yang dicairkan)


Cara-cara Membuatnya:
  • campurkan susu cair, gula, susu pekat manis, minyak. selepas tu masak di dapur dengan api perlahan sehingga larut dan sekata.
  • sediakan bekas lain dan masukan serbuk coklat, baking powder, tepung gandum, soda bikarbonat.
  • pukul telur hingga kembang kemudian masukan campurkan bahan pertama tadi ke dalam adunan telur.
  • kemudian masukan sedikit demi sedikit campuran serbuk coklat, soda bikarbonat, baking powder, dan tepung gandum. kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  • selepas tu panaskan pengukus dan tunggu sehingga air mendidih. kemudian masukan adunan kek ke dalam loyang. jangan lupa sapukan marjerin pada loyang sebelum dimasukan adunan kek.
  • tutup loyang dengan alumunium foil tujuannya supaya air wap tak terkena pada kek. dan kukus adunan kek selama lebih kurang 1 jam.


Bahan-Bahan Topping 

·         2 sudu mentega
·         1 cawan susu pekat manis
·         1 sudu makan serbuk coklat



Cara-cara Menyediakan Topping 

Masukan semua bahan diatas kedalam kuali kemudian kacau perlahan sehingga larut dan bila campuran tersebut dah mulai mendidih boleh diangkat. biarkan sehingga sejuk sebelum dituangkan ke atas kek coklat lembap kukus tadi.



PERINGATAN!!!!

*sekiranya menggantikan coklat dengan milo atau vico akan ada sedikit perbezaan dari segi warna dan rasa. Jangan risau... kalau tetiba nampak cerah sikit sebab gantikan dengan vico.. bukan x masak yer... tapi warna dia memang macam tu... Kalau dari segi rasa pulak akan ada perbezaan jugak.. kalau pakai coklat sekalipun.. lain " brand " lain jugak rasanya.. hehe.. so ikut lah selera dan kemampuan bajet masing2...

*kalau x ada pengukus tu.. bole beli yang macam jaring tu... x pasti nama dia apa. letak dalam periuk yang tinggi. yang penting masukkan air. nanti hasil dia sama jugak macam pengukus tu. pastikan kaki dia tinggi kalau pendek air boleh masuk sikit je.. takut2 x sampai 1 jam dah kering air nya tu... pastikan air mencukupi yer ..

untuk yang baru nak belajar masak tu.. cara nak tentukan kek dah masak atau belum boleh gunakan garfu dan tekan ke dalam kek. lepas tu.. keluarkan garfu tersebut, sekiranya terdapat cairan yang melekat pada garfu tersebut, teruskan aktiviti mengukus kek tu... tapi kalau keluarkan garfu, nampak licin je garfu.. tu tandanya dah masak.. 

oke.. selamat mencuba :- )

Comments