Kuih Siput Pedas dan Rangup





Bahan-Bahan:
  1. 500 gram tepung gandum
  2. 150 gram majerin
  3. 2 sudu besar udang kering ( kalau ada alahan seperti bersin tak perlu masukkan boleh gantikan dengan ikan bilis)
  4. 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  5. 1 sudu besar rempah kari
  6. 1 sudu besar serbuk cili
  7. 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  8. 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
  9. 1 biji telur ( kalau tak nak letak pun xpe)
  10. 5 tangkai daun kari
  11. 1 sudu kecil garam
  12. 150 ml air

Cara Penyediaan:
  1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan. Boleh udang kering gantikan dengan ikan bilis sekiranya perlu.
  2. Cairkan mentega dan sejukkan.
  3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
  4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
  5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh sedikit keras.
  6. Rehatkan doh seketika.
  7. Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang.
  8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.



Comments