Ayam Masak Paprik Ringkas dan Sedap

Resepi ini sesuai untuk sesiapa yang ada kekangan masa untuk memasak tu... Untuk " step " yang pertama tu korang sempat lagi curik2 masa gosok baju jap.. Tapi untuk " step " yang seterusnya " stay " je kat dapur tu..






Bahan - bahan:

  1. Ayam 
  2. Serai
  3. Halia
  4. Cili padi
  5. daun limau purut
  6. Lobak merak
  7. Kubis bunga
  8. Kacang panjang
  9. Tomato
  10. Minyak
  11. Cili giling
  12. Garam
  13. Gula
  14. Sos tiram
  15. Sos Cili
  16. Kicap


Cara membuatnya:


  1. Masukkan air ke dalam periuk. Panaskan periuk dan masukkan ayam,  serai, halia dan cili giling. Biarkan mendididih.
  2. Setelah air hampir kering dan ayam sudah empuk, bole masukkan sedikit minyak. Apabila sudah pecah minyak masukkan gula secukup rasa.
  3. setelah itu masukkan kicap, sos tiram, sos cili daun limau purut dan cili padi.
  4. Setelah hampir masak bole masukan lobak merak , kacang panjang, kubis bunga dan akhir sekali bolelah masukkan tomato.
  5. Biarkan seketika dan boleh tutup api setelah itu.





PERINGATAN

* Bole jugak  nak gantikan ayam dengan daging, udang atau sotong. Nak masukkan semua pun bole. terpulang pada citarasa masing2.

*Sekiranya nak kurangkan bajet, " step " yang ke-4 tu... sayur tu masukkan yang mana korang suka je la. 

*Tomato kalau nak masukkan biarlah akhir sekali sebab tomato ni lembik takut nnti kalau masak terlalu lama tekstur dah x cantik. 

*dan apa2 masakkan yeng melibatkan sayur ni sebolehnya jangan masak terlalu lama takut kandungan vitamin akan berkurangan.


Comments